Salam Kembali.



hacumm ! uih berhabuk teruk blog ni. eceh. wah! wah! lama nya jari saya tak beraksi kat atas keyboard ni. heh heh. awak semua apa khabar? em em rindu saya tak? saya baru jee habis spm. eh baru ke? em baru 5 hari lepas. haha. dok tahu nok taip gapo doh. rasa lain ah dah lama tak menaip. ceh padahal phone dohpuloh pat jam kat tangan. hari hari jari dok ralit menaip. eyy itu phone. lain okay dengan menaip kat laptop. haha okay -,-

ouh yaa saya tak dapat plkn so inshaa Allah lepas ni saya akan rajin mengupdate. oraite. peace :)



  

Bersihkan Hati





Apa khabar sobat sobat sekalian? sehat apa enggak? aku lagi selsema ni. sudah seminggu. yeaa mogamoga ini kifarah dosa. haha dah kenapa indon tetibe. dah lama tak mengupdate kesayangan aku ni. design masih sama. entah bila mahu tukar. masih ada greyson chance nyaa tu. haha. zaman greyson ataupun enchancers sudah berakhir. eceyh. aku kini sudah berjiwa dewasa. cem budakbudak jee terlalu addicted dengan artis yang tak pernah kenal aku. hahaha. kelaka bila ingat balik apa yang aku dah buat sebelum ni. sangat membazir waktu dan tenaga. kejap! berjiwa dewasa? haha. yeke? hmm. pfftt :P

okay. hari ni sabtu. baru balik dari klia 2 yang baru bukak tu. tahu kan? tahu kan? semalam dah pergi, harini pergi lagi. Teman ayah jumpa customers dekat mall. besar wei mall dia. lepas ni tak payah sesusah nak pergi kl atau alamanda, jauh. klia 2 dekat jee dari rumah. sambil sambil tu boleh tengok flight. tuptup boleh jumpa pilot pilot hensem. dush! merepek ke langit dah ni. hahaha.

haa actually nak share something. tapi termelencong pule. haish. ni semua sebab hati laa ni. ceyh. sejajar dengan apa yang ingin aku kongsikan. eh betul ke bm aku? haha. okay let's.



“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan
kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir 

cakap pasal hati, sangat beruntung mereka yang hatinya bersih. sebersih hati seorang bayi yang baru lahir. aku? entah mungkin sudah hitam, berdaki, kotor ! Allahu. wallahualam. terlalu banyak dosa telah aku buat sepanjang 17 tahun aku hidup kat dunia yakni tempat persinggahan yang penuh dengan tipu daya. Tipu! kalau kita kata kita tak pernah buat dosa. even sedikit. tapi dosa yang sedikit tu laa lama kelamaan membuat kan hati kita semakin gelap.

Di sini nak kongsi beberapa cara bersihkan hati. okay let's.

1. Bersyukur - bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. antara nikmat yang paling besar Allah bagi kat kita adalah nikmat Islam. Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi kat kita. tahu tak? haaa sangat banyak. tak terkira wui :3

2. Dirikan solat dan Berdoa - solat salah satu elemen penting yang wajib dilaksanakan setiap individu yang beragama islam. solat merehatkan dan menenangkan. solat juga tanda syukur kita kepada Allah. dan berdoa, minta Allah bersihkan hati kita. Doa, mohon, minta kepada Allah. Allah suka hamba yang berminta minta kepadaNya :)

3. Lazimkan diri buat solat taubat dan istighfar - jadikan solat taubat sebagai rutin harian kita. laksanakan setiap hari. Jangan pernah merasa kita ni tak buat dosa satu hari tu. mesti ada. jadi, mohon ampun kepada Allah bebanyak. setiap hari tau :')

4. Selawat ke atas Rasulullah s.a.w - amalkan berselawat selalu. setiap hari. sebelum mulakan sesuatu pekerjaan, selawat terlebih dahulu tuptup inshaa Allah dipermudahkan pekerjaan tu. di samping dapat bersihkan hati, kita dapat melahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap rasulullah s.a.w.

5. Jaga akhlak bebaik - rasulullah pernah kata, "orang mukmin yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya." ayoo jadi baik. tinggalkan segala akhlak buruk. can ah? takpe. slowslow. boleh ah :))

okay sampai sini jee kot. follow semua cara cara tu tau. Inshaa Allah. slowslow ubah. bersihkan hati. konsisten, itu penting! jangan minggu ni kita baik, next week balik pangai lama. Banyakkan doa. amalkan doa dalam surah al imran, ayat 8.



dan doa rasulullah s.a.w ni supaya ditetapkan hati :))



Mogamoga hati kita bersih daripada segala dosa. Inshaa Allah. Aku kongsi untuk semua dan diri aku jugaa. Kalau ada salah silap, mohon betulkan.
Aku manusia, banyak salah, banyak dosa. kasi betul, kalau aku salah.

Wallahualam.